Utama
Selamat Datang Ke Laman Web Sekolah Kami

Kem Bestari Solat Siri Pertama

Seawal 7.30 pagi murid-murid telah berkumpul di kantin Sekolah Sungai Bunyi lengkap berpakaian sukan dan beberapa peralatan. Mereka nampak begitu teruja dan seakan tidak sabar-sabar hendak mengikuti acara yang menyeronokkan. Mengapa ya? Apakah acara tersebut?

Pada Hari Sabtu bersamaan 3 April 2010, Sekolah Sungai Bunyi telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid tahun 1 dan tahun 2 . Slot kali ini fokus kepada wuduk dan amali wuduk.

Read more...

 

Bola Baling Zon Pekan Nanas - Ke-3

Pada 6 Februari 2010 (Sabtu), SK Sungai Bunyi telah menyertai pertandingan Bola Jaring peringkat Zon Pekan Nenas. Pertandingan diadakan di SK Sri Bunian,Pontian pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Pertandingan ini merupakan kali ke dua bagi SK Sungai Bunyi dimana pada tahun lepas telah kalah pada peringkat awal lagi. Ini disebabkan setelah sekian lama tiada penyertaan dan SK Sungai Bunyi muncul kembali untuk bersaing sekali lagi pada tahun ini.

Read more...

 

Pertandingan Menghias Kek Dan Menghias Buah-Buahan Peringkat Negeri

Pada 7 Mac 2010 (Ahad), dua orang guru SK Sungai Bunyi telah memasuki pertandingan menghias kek dan mengukir buah-buahan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Puteri islam peringkat Negeri Johor yang diadakan di SM Sultan Ibrahim,Kulai Johor. Guru-guru ini telah mewakili daerah pontian untuk merebut tempat pertama dalam pertandingan.  Setelah penat berlatih dan berusaha, Pn. Norhasliza bt Razali telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan menghias kek manakala Pn. Hanis bt Mohd Ali telah mendapat tempat pertama dalam mengukir buah-buahan. Walaupun mempunyai saingan yang hebat namun kesungguhan dan bakat yang ada telah membuahkan hasil. Alhamdulillah..Syabas diucapkan kepada pemenang.

 

 

SKSGB Juara Hoki L12 Zon Pekan Nanas

Pasukan Hoki L12 Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi  telah menjuarai Pertandingan Hoki L12 Zon Pekan Nanas bagi tahun 2010. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 9 Februari 2010 di Sekolah Kebangsaan Seri Bunian, Pontian, Johor. Ini merupakan pernyertaan kali pertama bagi Pasukan Hoki Sekolah. Usaha yang bersungguh-sungguh Cikgu Roszaini serta semangat para pemain hoki sekolah yang sebelum ini tidak pernah memegang kayu hoki malah tidak pernah pula bermain hoki membuahkan hasil. Dengan kejayaan ini telah menyuntik semangat murid-murid yang lain untuk menjadikan hoki sebagai sukan yang diminati selain daripada bola sepak. Di harapkan pada tahun-tahun mendatang, Pasukan Hoki Sekolah akan terus mencapai kejayaan yang gemilang.

 

 

Kami Juara Bola Sepak L12 Zon Pekan Nanas

Pasukan Bola Sepak L12 Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi telah mengikuti jejak langkah pasukan Hoki apabila memenangi Pertandingan Bola Sepak L12 Zon Pekan Nanas bagi tahun 2010. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 11 Februari 2010 di SK Batu 24, Pontian, Johor. Kejayaan ini telah mengembalikan zaman kegemilangan Pasukan Bola Sepak Sekolah yang telah lama dilanda kemarau kejuaraan. SKSGB telah diundi berada dalam kumpulan C yang terdiri daripada SK Batu 24 A dan SK Chao Ming. SK Batu 24 merupakan tuan rumah pada kali ini.

Read more...

 

Page 1 of 5