Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2017

SBP

Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2017 secara online akan dibuka mulai 15 Oktober 2016 di sst1.moe.gov.my.

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.

 

Siapakah yang boleh memohon?

Murid Tahun Enam 2016 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan

Bilakah Permohonan Ini Dibuka?

Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 15 Oktober 2016- 15 November 2016

Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR diumumkan?

Boleh memohon sebelum keputusan diumumkan.

Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/ nombor kad pengenalan untuk
mengakses sistem.

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan Murid Tingkatan 1:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
    (UPSR) 2015
  • Aktif dalam kokurikulum
Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya
dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.

Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2017 secara online akan dibuka mulai 15 Oktober 2016 di sst1.moe.gov.my

Panduan Am
  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
  • Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT;
  • Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
  • Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *