Karnival Pra Sekolah 2017 Peringkat Zon

SK Sungai Bunyi akan menjadi tuan rumah bagi Karnival Pendidikan Pra Sekolah 2017 peringkat zon Pekan Nanas, Pontian. Karnival ini di jadualkan berlangsung pada 5 Oktober 2017 bermula pada jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Pengisian karnival adalah seperti pertandingan membaca, pertandingan bercerita, pertandingan nyanyian dan banyak lagi. Diharap program yang dirancang ini mencapai objektifnya dan berlangsung dengan lancar dan meriah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *