Aktiviti Ecolife Challenge 2017

26 Sept – Pada hari ini telah diadakan aktiviti mengumpul bahan kitar semula. Aktiviti ini dilaksanakan oleh murid tahun 6 dengan bimbingan Cikgu Mohd Khairul Anwar demi menyahut keperluan pertandingan Iskandar Malaysia Eco-Life Challenge 2017.

Malaysia mempunyai sumber semula jadi dan alam sekitar yang indah. Tetapi kebelakangan ini banyak berita tentang pemanasan global akibat aktiviti manusia telah dilaporkan. Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan seharian kita. Bagi mengatasi masalah ini, negara kita telah bergabung dengan negara-negara lain bagi mengurangkan gas ‘rumah hijau’ khususnya gas karbon dioksida yang merupakan punca utama pemanasan global. Iskandar Malaysia sedang menuju ke Masyarakah Karbon Rendah. Dengan penyertaan dalam pertandingan Iskandar Malaysia Eco-Life Challenge ini, dapatlah murid-murid mempelajari cara untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan melindungi bumi ni bersama-sama keluarga, masyarakat sebelum ianyat terlambat untuk generasi akan datang.

Ecolife Challenge / Google Photos

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *