Pengenalan
Ditulis oleh Administrator   
Kurikulum yang meluas dan seimbang disediakan di sekolah ini berdasarkan  Kurikulum Kebangsaan yang terbahagi kepada matapelajaran teras dab bukan teras. Matapelajaran teras terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang juga merupakan matapelajaran  yang diuji di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid-murid Tahun 6. Melalui Program Memperkasakan Sekolah Rendah, pihak sekolah telah mengambil 3 waktu tambahan bagi Matematik dan Sains bagi Tahap 1 iaitu jumlah maksimum yang diperuntukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Matapelajaran Bukan Teras pula adalah terdiri daripada Pendidikan Islam, Bahasa Arab Komunikasi, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik  dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

Semua matapelajaran teras  termasuk Pendidikan Islam, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dan Bahasa Arab Komunikasi akan diuji sebanyak 6 kali setahun iaitu meliputi 4 kali ujian bulanan dan 2 kali peperiksaan. Manakala subjek bukan teras yang lain akan diuji di dalam 2 kali peperiksaan sahaja.

Keputusan ujian dan peperiksaan tersebut akan direkodkan didalam Sistem  Analisa Peperiksaan.  Satu perjumpaan diantara guru-guru dan para ibubapa  (Hari Terbuka) akan  diadakan pada setiap bulan Jun bagi membincangkan pencapaian prestasi dan sahsiah murid-murid.

Kurikulum Kebangsaan telah dibentuk selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan perkembangan jasmani, emosi , rohani dan intelektual murid.
 
Copyright 2010 SK Sungai Bunyi :: Pontian, Johor.