Pengenalan Kokurikulum
Ditulis oleh Administrator   

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Sekolah

Aktiviti Kokurikulum menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah , mengukur dan mengamalkan kemahiran , pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

Kokurikulum di sekolah ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Pasukan Beruniform (Pengakap , Puteri Islam ,Tunas Kadet Remaja Sekolah), Kelab & Persatuan (seperti Bahasa Melayu , Sains & Matematik , Bahasa Inggeris ,Kelab Komputer , Kelab Pendidikan Alam Sekitar , Kelab Didik Bistari ) serta Sukan dan Permainan (Bola Sepak , Olahraga , Badminton , Sepak Takraw).

Aktiviti kokurikulum dijalankan setiap hari Rabu selama 1 jam.

Berbagai aktiviti dan pertandingan telah disertai dan pelbagai kejayaan telah dicapai di peringkat zon , daerah , negeri dan kebangsaan.
 
Copyright 2010 SK Sungai Bunyi :: Pontian, Johor.