Kawat Kaki

Kami adalah juara peringkat daerah 6 tahun berturut-turut 2002-2007

Kawat Kaki Kawat Kaki

Pertandingan Bercerita

Johan Peringkat Negeri Tahun 2006

Pertandingan Bercerita Pertandingan Bercerita

Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sukaneka sempena hari kanak-kanak diadakan setiap tahun untuk meraikan dan mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan dan interaksi sosial yang seimbang

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sambutan Hari Kanak-Kanak

 AL-FATIHAH

Seluruh warga SK Sg Bunyi diminta memakai songkok dengan lilitan putih selama seminggu tempoh berkabung di atas kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Iskandar. Guru-guru digalakkan membaca Al-Fatihah di dalam kelas sebelum P&P dimulakan.

 

Log Masuk Ahli






Lupa Katalaluan?
Tidak mempunyai akaun? Daftar

Rakan Pelajaran


Kementerian Pelajaran

Pejabat Pelajaran Daerah
Pontian
logo_pkg.gif
Pusat Kegiatan Guru
Bandar Pontian

PEMBESTARIAN SEKOLAH
Ditulis oleh Ina Azlinah   

Pada bulan Jun 2009, salah seorang guru pendidikan islam "j-QAF" telah dipilih untuk mengikuti kursus guru bestari "Pembestarian Sekolah" selama 4 minggu di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Seterusnya 4 minggu berikutnya beliau dikehendaki menjalankan praktikum di sekolah selama 4 minggu. Ini bertujuan agar guru tersebut memberi input positif kepada warga sekolah mengenai objektif pembestarian sekolah seterusnya dapat menjalankan pengajaran berasaskan sekolah bestari..

 

Pembestarian Sekolah

  • Proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan TMK (ICT) dalam pendidikan dengan memberi fokus pada kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.

Konsep Sekolah Bestari

  • Mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced)

  • Antara ciri-ciri P&P yang telah dijalankan mengikut pengajaran & pembelajaran bestari: 

  • Praktikum dilaksanakan selama 4 minggu di sekolah. Sasaran - Murid 4 Bestari.
  • Melaksanakan kursus dalaman bestari kepada guru-guru SKSgB.
  • Corak P&P yang dilaksanaka oleh guru ialah : ( Tajuk P&P : Bersuci daripada Najis)
  • Minggu Pertama   : Murid dapat menghasilkan sendiri brosur mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
  • Minggu Ke-2        : Murid dapat menghasilkan sendiri MS Power Point "tajuk: Cara-cara menyucikan najis" serta wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasilan mereka.
  • Minggu Ke-3        : Murid dapat menghasilkan poster "tajuk:Faedah Menjaga Kebersihan & Akibat Mengabaikannya"
  • Minggu Ke-4        : Pengajaran berasaskan Projek iaitu Melaksanakan Pameran. Setiap kumpulan berkerjasama untuk                                menjayakan pameran yang dirancang.     
  • Setiap kumpulan akan dinilai dan diuji tahap kefahaman mereka mengenai tajuk yang dipelajari selama 4 minggu melalui hasilan yang mereka pamerkan dan edarkan.    
  • Agihan hadiah diberikan kepada kumpulan terbaik brosur, terbaik poster, terbaik  MS Power Point serta cara pembentangan.  
  • Al-Hamdulilah, semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Murid-murid berminat dengan corak P&P Bestari yang dilaksanakan. Ianya dapat dilihat kerana peratus kehairan murid meningkat selama 4 minggu tersebut terutamanya ketika sesi pameran dijalankan kerana kehadiran 100%.Tahniah kepada murid 4 Bestari..
  • Pengajaran & Pembelajaran yang dilaksanakan selama 4 minggu adalah berpusatkan kepada murid. Guru hanya sebagai pemudahcara/fasilitator.
  • Melalui pengalaman guru, P&P Bestari dapat menarik minat murid untuk belajar serta memberi impak positif darisegi komunikasi,kolaborasi,kolaboratif serta keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu tugas serta dapat memberi idea yang tidak dijangka oleh guru. Ini kerana guru memberi kebebasan dengan pantauan kepada murid untuk mencari maklumat sendiri.
  • Terimakasih kepada pihak IPG serta pihak pentadbir sekolah kerana memberi tunjuk ajar serta sokongan yang padu bagi menjayakan pengajaran ini.

 


.......... Hasilan murid akan dilampirkan kemudian............

 

 
Copyright 2010 SK Sungai Bunyi :: Pontian, Johor.