|
AL-FATIHAH Seluruh warga SK Sg Bunyi diminta memakai songkok dengan lilitan putih selama seminggu tempoh berkabung di atas kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Iskandar. Guru-guru digalakkan membaca Al-Fatihah di dalam kelas sebelum P&P dimulakan. |
Log Masuk Ahli
| Laporan Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam 2009 |
| Ditulis oleh haslina binti abu bakar | |
|
Pada tarikh 3 hingga 4 Julai 2009, Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam (PPIM) telah mengadakan perkhemahan hari puteri yang bertempat di padang Sk.Sungai Bunyi. Perkhemahan ini diadakan bertujuan melatih para anggota unit beruniform berdikari dan berfikir dengan tepat ketika berada di dalam kesusahan atau kecemasan serta patuh kepada arahan yang telah ditetapkan. Program selama dua hari satu malam ini agak padat dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh para fasilitator , antaranya ;
1. Taklimat oleh Kem Komandan 2. Pembikinan gajet dan pemasangan khemah 3. Persembahan Hari Puteri 4. Aktiviti mini gotong-royong di beberapa buah rumah yang telah ditentukan 5. Aktiviti Pertolongan Cemas 6. Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang 7. Pertandingan Menyediakan Sandwic 8. Penyampaian Hadiah
1. Taklimat pembukaan oleh Kem Komandan Pendaftaran bermula pada pukul 2.30 petang di mana murid-murid telah berhimpun dan dikelaskan mengikut kumpulan tertentu. Pelbagai barang-barang dan bekalan telah mereka bawa untuk perkhemahan tersebut. Begitu juga dengan beg-beg pakaian dan keperluan mereka. Mereka menjalani sesi taklimat pembukaan oleh Kem Komandan iaitu Puan Zuraini Bt Ali . Taklimat tersebut diadakan di Bilik Kemahiran Hidup .
2. Pembikinan gajet dan pemasangan khemah Murid-murid mula memasang khemah dengan bimbingan fasilitator masing-masing pada pukul 3.30 petang . Khemah dipasang mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Sementara itu, sebahagian daripada ahli kumpulan peserta bergerak ke suatu tempat untuk mengambil buluh-buluh guna membuat gajet. Gajet yang perlu dibuat adalah tripod, tempat kasut dan tempat menyidai pakaian. Aktiviti ini memakan masa lebih kurang dua jam. Semasa aktiviti ini dijalankan, kebanyakan daripada para peserta dapat bekerjasama dan bantu-membantu untuk menyiapkan gajet dan khemah mereka. Walau bagaimana pun terdapat sebahagian kecil peserta yang kurang memberi tumpuan dan kerjasama di dalam kumpulan. Aktiviti ini sangat bermanfaat bagi murid-murid kerana ia dapat menerapkan nilai-nilai murni dan semangat kekawanan yang baik serta berdisiplin. Ia juga dapat menanamkan sikap tanggungjawab dan amanah dalam diri murid ketika menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi. Apa yang paling penting dalam aktiviti ini ialah semangat bekerjasama di kalangan ahli kumpulan.
3. Persembahan Hari Puteri Aktiviti yang meriah ini bermula pada pukul 10 malam di mana murid-murid baru saja selesai menikmati makan malam setelah keletihan menyiapkan gajet dan khemah mereka. Setiap ahli kumpulan diminta untuk membuat persembahan berupa nyanyian nasyid . Mereka bebas menggayakan persembahan dan menyanyi sebarang lagu nasyid yang mereka sukai. Kebanyakan daripada mereka memakai pakaian kurung dan menyanyikan irama nasyid yang memuja Rasul Allah. Terdapat juga kumpulan yang membuat persembahan yang lain iaitu nasyid tentang bulan-bulan Islam. Keseluruhannya, persembahan mereka sangat kreatif dan menarik . Persembahan ini juga berupa pertandingan di mana persembahan yang terbaik akan mendapat hadiah. Murid-murid kelihatan ceria dan bersemangat walaupun jelas kelihatan mereka agak letih dengan aktiviti pada waktu siang.
4. Aktiviti mini gotong-royong Pada keesokan hari selepas menikmati sarapan pagi iaitu mee goreng dan teh, murid-murid diminta berkumpul oleh Kem Komandan untuk slot yang seterusnya iaitu aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah-rumah orang kampung Sungai Bunyi . Terdapat sepuluh buah rumah yang ditetapkan kepada sepuluh kumpulan peserta. Mereka mula bergerak dengan bantuan fasilitator masing-masing ke rumah-rumah tersebut. Mereka membersihkan kawasan rumah dengan pencakar, pongkes, cangkul dan juga skop kecil yang dibawa dari sekolah. Setelah selesai membuang sampah dan membersihkan kawasan persekitaran, mereka dijamu oleh tuan rumah dengan hidangan makanan dan minuman.
5. Aktiviti Pertolongan Cemas Aktiviti ini bermula pada pukul sebelas pagi di dewan bangunan baru Sk.Sungai Bunyi. Murid-murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan mula diberi taklimat mengenai pertolongan cemas oleh Pn. Tomi Bt Jamiran dengan dibantu oleh fasilitator yang lain. Alat yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti ini ialah kain anduh. Tiga jenis pertolongan cemas yang diajarkan iaitu balut kepala, balut tangan yang patah dan tapak tangan. Aktiviti ini sangat berguna untuk hal-hal kecemasan di mana peserta dapat membantu orang lain yang cedera atau kemalangan yang berkaitan.
6. Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang / Membuat Sandwic Pertandingan ini bermula pada pukul 2.30 petang di mana dua jenis aktiviti tersebut diadakan secara serentak. Bagi acara merekacipta bahan-bahan terbuang, murid dikehendaki mereka sebarang bentuk dan alat yang boleh digunapakai daripada bahan-bahan terbuang seperti tisu, botol, tin dan lain-lain. Ini bergantung penuh kepada kreativiti murid dan persediaan yang telah mereka buat sebelum hari pertandingan. Di dalam pertandingan ini bakat murid dapat dilihat serta kesungguhan dan kerjasama antara kumpulan juga dapat dinilai. Begitu juga dengan aktiviti membuat sandwic . Sandwic yang berasaskan sardin, bawang, lada, limau , tomato dan timun kelihatan berbeza bentuk dan rasanya oleh para peserta yang membuatnya. Aktiviti juga dapat menerapkan semangat kerjasama dan nilai kebersihan. Pertandingan dua jenis aktiviti ini diadili oleh Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum iaitu Puan Quek Chin Choo. Tahniah kepada para peserta kerana mereka sangat berbakat dalam aktiviti-aktiviti ini.
7. Acara penyampaian hadiah Acara penyampaian hadiah merupakan acara terakhir diikuti dengan majlis penutup. Bagi pemenang setiap kategori , hadiah lumayan telah disediakan dengan disampaikan oleh Tuan Guru Besar iaitu Pn.Hjh Shafila Binti Jumaat dengan diiringi oleh GPK Ko-Kurikulum iaitu Pn. Quek Chin Choo. Murid-murid kelihatan sangat bergembira dan teruja ketika menerima hadiah berupa hamper dan sijil penghargaan. Ia adalah sebagai penghargaan kepada penglibatan murid-murid yang dilihat bersungguh-sungguh dan kebanyakannya bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Perkhemahan Hari Puteri menuju ke garisan penamat selepas Guru Besar merasmikan majlis penutupan. Sekitar jam enam petang, murid-murid mula bersurai dan bergerak ke arah kereta ibu bapa yang sudah menunggu di luar pagar sekolah.
|
Berita Terkini
Jadual Acara
There are no upcoming eventsAcara Terkini
Lawatan Sambil Belajar Ke Sabah Pendidikan Khas
21.01.2010 - 23.01.2010 | 09.00
MESYUARAT PEMBENTUKAN AHLI JAWATANKUASA PEMUAFAKAT...
09.07.2009 - 09.07.2009 | 10.00
Majlis Menyambut Hari Lahir Murid Pendidikan Khas
20.06.2009 - 21.06.2009 | 08.00
Perkhemahan Hari Puteri Peringkat Sekolah
17.06.2009 | 13.20
Mesyuarat Pembentangan Tugas "Perkhemahan Hari Put...


