Kawat Kaki

Kami adalah juara peringkat daerah 6 tahun berturut-turut 2002-2007

Kawat Kaki Kawat Kaki

Pertandingan Bercerita

Johan Peringkat Negeri Tahun 2006

Pertandingan Bercerita Pertandingan Bercerita

Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sukaneka sempena hari kanak-kanak diadakan setiap tahun untuk meraikan dan mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan dan interaksi sosial yang seimbang

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sambutan Hari Kanak-Kanak

 AL-FATIHAH

Seluruh warga SK Sg Bunyi diminta memakai songkok dengan lilitan putih selama seminggu tempoh berkabung di atas kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Iskandar. Guru-guru digalakkan membaca Al-Fatihah di dalam kelas sebelum P&P dimulakan.

 

Log Masuk Ahli






Lupa Katalaluan?
Tidak mempunyai akaun? Daftar

Rakan Pelajaran


Kementerian Pelajaran

Pejabat Pelajaran Daerah
Pontian
logo_pkg.gif
Pusat Kegiatan Guru
Bandar Pontian

Laporan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Pontian 2009
Ditulis oleh wan rohaliza wan din   
Laporan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Pontian 2009

Tarikh : 19 November 2009

Hari :  Khamis

Masa: 8.00 pagi – 12.00 tgh hari

Tempat : S.K. Sungai Bunyi            

 

     Aktiviti Majlis Khatam Al-Quran 2009 disertai oleh 2 orang murid dari setiap sekolah dalam daerah Pontian.Peserta yang terlibat dalam program ini seramai 64 orang murid yang masing-masing sudah khatam al-quran.Guru pengiring dari setiap sekolah ditugaskan sebagai pentasmi’ atau pendengar bacaan murid. Selepas sesi pendaftaran, semua murid dari setiap sekolah diberi sarapan di kantin manakala guru pengiring bersarapan di dewan utama.          

      Majlis Khatam Al-Quran bermula pada jam 9.00 pagi. Pembahagian kumpulan juzuk beserta guru dibahagikan kepada 10 kumpulan. Maka setiap kumpulan dikehendaki membaca 3 juzuk daripada Al-Quran. Setelah satu jam setengah berlalu semua murid berjaya menghabiskan bacaan mereka.           

      Setelah selesai membaca 3 juzuk, semua murid diminta berkumpul di dewan utama untuk memulakan Majlis Khatam Al-Quran yang dirasmikan oleh Pn. Khamisiyah Bt Pathiroon dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor.          

      Majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi. Seterusnya tiba acara kemuncak iaitu penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua murid terlibat dan juga cenderahati kepada JPNJ dan juga pihak sekolah.Setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran tersebut pemantau serta seluruh warga kerja majlis dan guru pengiring dihidangkan dengan makanan tengahari yang lazat dan sangat menyelerakan.          

       Majlis Khtam Al-Quran dijalankan dengan lancar dan cemerlang. Aktiviti ini dapat memupuk anak bangsa untuk lebih mengenali Al-Quran sejak dari kecil lagi supaya dapat memahami dan menjiwai nilai-nilai islam. Selaras dengan kehendak islam “menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim” dengan memahami Al-Quran, manusia dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan baik dan sejahtera

       Kejayaan majlis ini dapat dilihat daripada kesungguhan murid ketika mengaji dalam kumpulan mereka dan kerjasama daripada guru j-QAF serta pengiring juga sangat membantu. Ditambah lagi dengan  kerjasama daripada tuan rumah yang amat memberangsangkan  dan meyakinkan sehingga program dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Aktiviti ini patut diteruskan bagi meningkatkan semangat kerjasama dan pembangunan ukhuwwah di kalangan masyarakat islam. Selaras dengan tema Maal Hijrah pada tahun 1430 iaitu “Menjana Ummah Gemilang”.  

 
Copyright 2010 SK Sungai Bunyi :: Pontian, Johor.