| Pencapaian Pendidikan Khas 2009 |
| Ditulis oleh Muhammad Nasrun Bin Abd Manaf | |
|
Sepanjang tahun 2009 murid-murid kelas pendidikan khas SKSgB aktif dalam pelbagai aktiviti pertandingan ko-kurikulum. Antaranya adalah Pertandingan Bercerita peringkat Daerah, Pertandingan Masakan dan Gubahan peringkat Negeri di Segamat, Karnival Sukan Olahraga Pendidikan Khas Daerah dan Negeri dan Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Negeri Johor di Batu Pahat. Warga sekolah mengucapkan setinggi tahniah kepada adik Roslan bin Yusni yang telah mewakili sekolah dan daerah Pontian dalam semua acara dan aktiviti yang dianjurkan. Pada Karnival Sukan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Pontian, adik Roslan telah merangkul 3 pingat emas, sekaligus dinobatkan sebagai atlit terbaik & olahragawan kejohanan. Di dalam Kejohanan Futsal pula, beliau telah mengetuai skuad Daerah Pontian mendapat tempat ketiga keseluruhan. Tahniah! Diharap adik Roslan akan terus cemerlang pada masa akan datang bagi bidang yang diceburinya.Selain itu, kelas pendidikan khas juga mempunyai barisan pelapis yang bersedia menaikkan nama sekolah seperti adik Shahira binti Ismail, Emira binti Azmi, Haziq bin Sabtu dan beberapa murid lagi yang mempunyai kelebihan dan kemahiran tersendiri dalam program tahun 2010 akan datang. Selain aktiviti kokurikulum, program dalaman seperti Hari Terbuka Pendidikan Khas, iaitu perjumpaan antara guru dan ibu bapa penjaga murid-murid turut dilaksanakan bagi membincangkan isu prestasi/pencapaian anak-anak mereka. Begitu juga dengan Sambutan Hari Guru dan Hari Kanak-kanak, kami sering bergabung bersama murid-murid lain bagi memeriahkan sambutan yang dianjurkan. Bagi aktiviti luaran/riadah seperti berkhemah, membeli-belah di pasaraya dan jamuan hari jadi yang diadakan sebanyak 2 kali setahun memberikan nilai tambah kepada pendidikan tidak formal. Kemuncaknya, pada 1 April 2009, kami menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bagi memberikan pengalaman dan pendedahan baru kepada murid-murid.
Secara keseluruhan program yang dirancang sepanjang
tahun dapat dicapai dan membuahkan kejayaan. Kejayaan ini adalah berkat
kerjasama erat antara guru-guru pendidikan khas yang diketuai oleh Pn Latipah
Salatin dan pihak pentadbiran sekolah. Tidak dilupai penglibatan semua guru
SKSgB secara langsung mahupun tidak memberikan input kepada program ini. Terima
kasih daun keladi, harap sudi membantu lagi. Selamat maju jaya dan jumpa lagi tahun hadapan.... |
Berita Terkini
Berita Popular
- Sambutan Hari Guru 09
- Laporan Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam 2009
- LAPORAN PROGRAM 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN)
- Perkhemahan Murid Tahun 6 2009
- Pencapaian Pendidikan Khas 2009
- PEMBESTARIAN SEKOLAH
- Tahun Baru Kelas Baru
- Selamat Datang Ke SK Sungai Bunyi
- PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2010
- Program Berbuka Puasa dan Solat Terawikh