| Tahun Baru Kelas Baru |
| Ditulis oleh Muhammad Nasrun Bin Abd Manaf | |
|
22 Disember 2009 adalah detik penuh bermakna kepada seluruh warga
pendidikan khas SKSgB kerana permohonan kami untuk mendapatkan sebuah kelas
tambahan mendapat restu daripada Guru Besar, Pn Hjh Shafila binti Jumaat. Keperihatinan pihak pentadbiran ini amat bermakna kepada kami yang mempunyai murid seramai 28 orang dan 10 tenaga kerja. Ruang baru ini amat diperlukan kerana kami merancang pada tahun 2010 untuk menjalankan program baru di bawah Kurikulum Pendidikan Khas, iaitu ‘DOBI’, memandangkan kami telah mendapat sumbangan sebuah mesin basuh dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Sekalung tahniah kepada tenaga kerja pendidikan khas yang berjaya melakukan ‘make-over’ kepada kelas baru dalam tempoh yang singkat sebagai membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak pentadbiran. Di kelapangan waktu kami akan memasukkan foto-foto sepanjang aktiviti ‘make-over’ dijalankan untuk tatapan anda sekalian.
TERIMA KASIH !!! kepada Guru Besar….. TAHNIAH !!! kepada warga pendidikan khas…. |
Berita Terkini
Berita Popular
- Sambutan Hari Guru 09
- Laporan Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam 2009
- LAPORAN PROGRAM 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN)
- Perkhemahan Murid Tahun 6 2009
- PEMBESTARIAN SEKOLAH
- Pencapaian Pendidikan Khas 2009
- Tahun Baru Kelas Baru
- Selamat Datang Ke SK Sungai Bunyi
- PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2010
- Program Berbuka Puasa dan Solat Terawikh