Perasmian Pelancaran Program Pembestarian Iklim Dinie
Ditulis oleh Ina Azlinah   

Jumaat-15/1/2010. Satu program telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Guru Besar SK.Sg. Bunyi. Sebelum ini program ini lebih dikenali dengan Program membudayakan al-Quran yang dilaksanakan setiap pagi jumaat jam 7.20-7.45am. Ianya telah dibestarikan mengikut acuan pembestarian sekolah menuju ke arah sekolah bestari. Program ini diberikan nama khas iaitu Pembestarian Iklim Dinie. Sekalung tahniah diucapkan kepada guru j-QAF serta Panitia Pendidikan Islam kerana telah bergandingbahu menjayakan program ini.. Sesuatu yang baik moga dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.. InsyaAllah..

 
Copyright 2010 SK Sungai Bunyi :: Pontian, Johor.