26 Dis - Semua guru dan kakitangan sekolah telah bermesyuarat pada hari ini demi persiapan sesi persekolahan 2018 yang akan bermula pada 1 Jan 2018. Mesyuarat yang bermula pada jam 8:00 pagi telah berakhir pada jam 3:30 petang.

Mesyuarat dimulakan dengan mesyuarat pengurusan, seterusnya diikuti dengan mesyuarat akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.