27 Dis - Pada hari telah berlangsung hari jualan buku peringkat sekolah. Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini iaitu pada hari ini dan esok telah menarik ramai ibu bapa penjaga hadir untuk melunaskan bayaran bagi pembekalan bahan persekolahan anak jagaan masing-masing. Seramai lebih daripada 25 orang guru telah terlibat dalam aktiviti yang bermula seawal 8:30 pagi sehingga jam 1:00 tengah hari.

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa dan guru yang telah berjaya menyertai aktiviti ini dengan jayanya. Segala kekurangan yang timbul semasa berlangsungnya program ini dihulurkan ribuan terima kasih. Diharap barisan pengurusan kedai buku yang baharu dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik pada masa hadapan.