17 Jan - Pasukan ping pong di bawah pengurusan Ustaz Bahrin telah menyertai kejohanan ping pong yang telah diadakan pada hari semalam. Syabas kepada pengurus dan penolong pengurus pasukan yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Pada kejohanan kali ini seramai enam orang peserta telah dihantar untuk mewakili sekolah dan tahniah apabila dua orang peserta telah berjaya memenangi tempat kedua dan ketiga. Peserta sekolah juga telah dipilih untuk mewakili zon untuk bertanding ke peringkat daerah. 

Diatas kejayaan ini pihak pengurus dan penolong pengurus pasukan telah berbesar hati membawa para peserta ke restoran makan segera sebagai tanda penghargaan diatas usaha gigih yang telah dicurahkan. Tahniah sekali lagi kepada pasukan ping pong SKSgB.