06 Feb - Tuan Guru Besar SKSgB, Hjh. Ponnisah binti Daud hari ini mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah yang telah diadakan. Turut bersama dengan beliau adalah GPK Pendidikan Khas, Noraini binti dan GPK Hal Ehwal Murid, Katni bin Saparie. Kira-kira 500 orang murid SKSgB serta barisan guru dan kakitangan sekolah ini menyertai perarakan sempena hari kelahiran Rasulullah. Perarakan jam 8 pagi sejauh satu kilometer itu, bermula di perkarangan sekolah menuju ke Masjid Jamek Sungai Bunyi dan berakhir di dewan SK Sungai Bunyi.

Sambutan dimulakan dengan selawat nabi yang dipimpin oleh Cikgu Nazri dan Ustaz Shafiq telah mengiringi perarakan sepanjang program dijalankan. Seterusnya acara perarakan, ceramah agama dan jamuan makan.

Ceramah agama telah disampaikan oleh Ustaz Sham dari SK Ayer Baloi. Jamuan makan telah disediakan oleh jawatankuasa masakan yang dibuat secara bergotong royong.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program sambutan kali ini terutama kepada penderma wang ringgit, susah payah, penat lelah, masa dan tenaga. Terima kasih dan keladi, lain tahun kita buat lagi.

Berkumpul Di Perkarangan Sekolah
 
Diketuai Oleh Tuan Guru Besar
 
Berarak Bersama