KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina berasaskan enam tunjang, iaitu

  1. Komunikasi;
  2. Kerohanian, Sikap dan Nilai;
  3. Kemanusiaan;
  4. Keterampilan Diri;
  5. Perkembangan Fizikal dan Estetika;
  6. Sains dan Teknologi.

Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif.