Unit Pengurusan SK Sungai Bunyi merupakan pusat pentadbiran yang menyediakan perkhidmatan umum termasuk perkhidmatan merekod, kewangan, pengurusan infrastruktur, penyeliaan dan rekod-rekod lain untuk para guru, kakitangan dan murid. Selain menjalankan perkhidmatan harian, unit ini juga bertanggungjawab dalam perancangan bajet dan persediaan infrastruktur masa depan untuk kelancaran dan keberkesanan pengurusan SK Sungai Bunyi.