Kementerian Pendidikan telah mengumumkan 3 hala tuju utama dalam sektor pendidikan menerusi Amanat Menteri Pendidikan 2019: Pendidikan Untuk Semua Tanggungjawab Semua.

Ini adalah merupakan garapan utama dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

Penetapan hala tuju pendidikan berteraskan nilai (values-driven education) adalah sangat tepat dalam usaha menjadikan cinta sebagai teras pendidikan.

Di antara nilai berkenaan, tumpuan utama harus diberikan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta atau kasih sayang (love), kegembiraan atau kebahagiaan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect).