14 Jan - Hari ini berlangsung perhimpunan kokurikulum pertama tahun 2018. Pasukan pengakap telah dipilih untuk menerajui perhimpunan pertama ini dan telah melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi. Tahniah diucapakan kepada pasukan pengakap yang telah berjaya laksanakan tugasan kali ini dengan cemerlang. Semoga pasukan lain dapat meneruskan kecemerlangan ini untuk sesi perhimpunan kokurikulum akan datang.

27 Dis - Pada hari telah berlangsung hari jualan buku peringkat sekolah. Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini iaitu pada hari ini dan esok telah menarik ramai ibu bapa penjaga hadir untuk melunaskan bayaran bagi pembekalan bahan persekolahan anak jagaan masing-masing. Seramai lebih daripada 25 orang guru telah terlibat dalam aktiviti yang bermula seawal 8:30 pagi sehingga jam 1:00 tengah hari.

26 Dis - Semua guru dan kakitangan sekolah telah bermesyuarat pada hari ini demi persiapan sesi persekolahan 2018 yang akan bermula pada 1 Jan 2018. Mesyuarat yang bermula pada jam 8:00 pagi telah berakhir pada jam 3:30 petang.