Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam 1Malaysia.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa laman web sekolah atas kejayaan menerbitkan laman web rasmi SK Sungai Bunyi.

Syukur ke hadrat Alllah s.w.t kerana memberi peluang untuk bersama-sama di SK Sungai Bunyi menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk mencapai Misi Nasional Negara kita Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh 3 tahun dari sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan sama ada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020 dengan persekitaran global yang lebih mencabar. Cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Kedua, supaya setiap murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan saksama

Amanah ini perlu dipikul oleh seluruh warga sekolah dan sebagai pendidikan yang berkesan serta efisien kita perlu berganding bahu, bekerjasama dan memberi fokus terhadap bidang tugas masing-masing demi memastikan kejayaan PPPM, PAK 21, DTP 3.0 kemenjadian murid secara holistik. 


Saya yang benar,

Hjh. Ponnisah binti Daud
Guru Besar
SK. Sungai Bunyi,
Pontian