Kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi, Pontian dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpahkan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: 

  1. Memastikan sistem pendidikan sekolah selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan prinsip rukun Negara.
  2. Memastikan potensi kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri ditingkatkan ketahap maksima dan menyediakan peluang yang saksama kepada semua murid.
  3. Mewujudkan iklim sekolah yang sihat, ceria, selamat dan harmonis bagi menjamin keselesaan seluruh warga sekolah.
  4. Memastikan para guru sentiasa berdedikasi, beriltizam, berdisiplin, bertanggungjawab, inovatif dan produktif supaya dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  5. Memastikan kami peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan dengan memberikan layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.